Index» » » » » » » Yen Yen teringin menari Gangnam dengan Psy

Yen Yen teringin menari Gangnam dengan Psy

Minggu, 02 Maret 2014


  • Kow Gah Chie
  • Malaysiakini  Feb 8 2013
 
Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen hari ini berkata, beliau teringin untuk menari gaya "Gangnam" bersama penyanyi sensasi Korea Selatan, Psy di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang.

NONE"Saya teringin menari (dengan Psy) jika saya ada peluang," kata Ng.

Ketika ditanya sama ada beliau boleh menari gaya Gangnam, Ng yang
memakai baju kebaya merah terus berdiri dan menggayakan tarian popular itu, sehingga semua hadirin ketawa.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ng berkata, beliau menolak dakwaan bahawa BN menggunakan Psy untuk memenangi populariti bagi menawan semula Pulau Pinang.

NONEBeliau berkata, BN tidak menganggap penampilan Psy sebagai usaha untuk mendapat undi

"Rakyat Malaysia suka membuat spekulasi, rakyat Malaysia cepat membuat kesimpulan," kata Ng merujuk kepada spekulasi yang mendakwa kerajaan pusat dan BN membiayai persembahan penyanyi itu.

baca berita penuh 
http://www.malaysiakini.com/news/221036



Tidak ada komentar:

Posting Komentar